Tuesday, March 15, 2011

Mohon kemaafan sayangku...

Sayang, pertama skali hubby mohon ampun dan maaf dari hujung kaki smpi hujung rambut atas semua kesalahan yg telah hubby lakukan..hubby tahu hubby banyak buat silap..hubby banyak buat sayang terguris perasaan..percayalah, semua yang berlaku tanpa hubby sedari..hubby amat menyayangi sayang..walaupun dikelahiran yang lain pun hubby tetap menyayangi sayang dengan sepenuh hati..sayang adalah segalanya buat hubby..
sayang, hubby tahu sayang amat kecewa dengan perangai hubby..tp hubby minta janganlah sayang membenci hubby dan membuang hubby dari hati sayang..percayalah, hubby percayakan sayang..hubby kenal sayang..cuma hubby xpercaya dengan orang lain..selepas apa yang berlaku, membuatkan hubby sedar yang hubby tak boleh terlalu mengongkong sayang..hubby beranggapan dengan apa yang hubby buat ni akan membuatkan sayang selesa dan tahu yang hubby sentiasa dekat dengan sayang dan sentiasa menyayangi diri sayang setiap masa..tp hubby silap..sayang kecewa dengan cara hubby menjaga sayang..maafkan hubby..tak terniat pun nak mengongkong sayang..hubby teramat sayang kan sayang..betul kata sayang, kasih sayang memang tak dpt dinilai tapi percayalah betapa sayangnya hubby pada sayang terlalu mendalam..maafkan hubby sayang..maafkan suami mu ini duhai sayangku..hubby amat sayangkan mummy..mummy terlalu sempurna buat hubby..

Wednesday, February 16, 2011

Nota buat Isteriku yg tersayang

Mummy ku sayang...tatkala ini mummy sedang lena tidur..daddy xdpt lelapkan mata..oleh itu daddy ambil kesempatan untuk meluahkan isi hati daddy buat mummy...mummy, daddy amat menyayangi mummy..bg daddy mummy lah segalanya buat daddy...daddy mohon ampun pada mummy sekiranya kebelakangan ini daddy ada buat mummy terasa hati atau terguris perasaan..kadang2 daddy rasa yang daddy selalu pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan mummy yg penat or tak larat..mummy tetap melayan karenah daddy..setelah daddy bersendiri dan berfikir balik tentang diri daddy, daddy rasa sungguh bersalah pada mummy..isu blackberry alert la, isu baring pandang dinding la dan isu2 yg lain...bg daddy xsepatutnya daddy letakkan kesalahan tu pada mummy..sungguh tidak adil buat mummy..daddy tahu yg mummy memang xsedar dengan perkara yg berlaku..itu yg membuatkan rasa bersalah nya daddy pada mummy....Mummy, daddy amat berterima kasih atas melayan karenah dady yg kadang2 jauh lebih teruk dari budak2 kecik...daddy sygkan mummy dari dulu hingga selamanya..mummylah kawan daddy,mummylah kekasih daddy,mummylah segalanya buat daddy...maafkan daddy mummy sebab buat mummy sedih or terguris hati...i love u so much..

Friday, January 21, 2011

Buat isteri dan anak2 ku yg tersayang...

hari ini dari pg sampai malam byk kerja yg di buat..pagi2 lagi daddy & mummy pergi ke IKEA untuk beli brg2 workstation yg akan siap pada petang hari..daddy & mummy terpaksa tinggalkan Kakak and Adik sebb daddy & mummy nak cepat beli barang dan balik rumah..nk kena kejar masa before 3pm dh kena smpi rumah..byk jugak yg dibeli..tp ada lg yg xcukup..so kena la gi lg ke sana..pukul 4.30pm barula tukang pasang workstation dtg..semua nya siap pada pukul 8pm..kemudian mummy & daddy termasuk bibik mengemas balik segala kekotoron akibat debu2 kayu dan simen..mummy pun sampai selesema dibuatnya..daddy tengok mummy happy bila workstation ni siap..workstation khas daddy buatkan untuk mummy yg tersyg..mummy bole buat keje mummy di tempat ni..mcm office..hehehe..tp mungkin xcantik sgt la..daddy kesian tgk mummy skrg balik pun kena buat kerja...xpe2..daddy akan tetap menemani syg smpi keje syg siap..daddy sygkan mummy...daddy syagkan kakak dan adik...Muahhhh

Thursday, October 7, 2010

Kesian anak2 mummy

Mummy selalu tengok anak2 mummy di office melalui cctv. Kalau 8 jam  di office tolak lunch 1/2 jam mesti mummy akan tengok walaupun sekerling apa2 anak2 mummy buat dirumah. Walaupun tak nampak secara jelas, yang penting mummy rasa anak2 mummy dekat jer ngn mummy walaupun mummy di office. Mungkin manager mummy diam tak diam ada rasa berbulu sikit kot ngn mummy sebab mata mummy akan jadi sebelah kanan buat kerja kat computer office, sebelah kiri pula tgk anak2 mummy kat laptop. Harap GM takkan nampak apa yang mummy buat sejak 6 bulan ini bersama laptop kesayangan mummy ni...

Bila di lihat anak2 mummy dirumah especially this 3 weeks bersama nenek dan atuk, timbul rasa kasihan sebab mummy sendiri tak dapat jaga anak2 mummy. Mummy perlu kerja untuk tolong daddy. Kalau mummy tak kerja kesian daddy, tak tertanggung menyara kita semua. Semuanya pada masa ini mahal2 belaka. Dari susu, pampers, baju, taska/ bibik semuanya mahal2 belaka. Bukan niat mummy nak mengungkit, tapi mummy nak bagi yang terbaik buat anak2 mummy.. Semuanya yang terbaik. Sebab itu mummy perlukan RM yang agak besar untuk sediakan semuanya. Boleh..kalau berjimat dengan beli semua yang murah2..tapi barang murah takde kualiti. Jadi zaman sekarang semua orang termasuk lelaki @ perempuan kena keluar bekerja... Salah ke mummy bekerja tinggalkan anak2 mummy? Masa untuk anak2 terpaksa dikurangkan. Sebab tu mummy dan daddy berusaha bawak anak2 mummy keluar jalan setiap malam, Sabtu dan Ahad walaupun badan terasa penat. Sebab mummy tahu anak2 mummy begitu bosan dan tersangat lah suka keluar berjalan.

Cakap pasal berjalan kakak kena sabar sikit. Kita kena tunggu adik Rayyan kita besar sikit dalam 9 bulan untuk adik jadi 2 tahun. Mungkin lepas tu kita boleh keluar jalan jauh sikit makan angin. Tu cita2 mummy. Sekarang adik kecil lagi untuk dibawa berjalan jauh (kecuali balik kampung). Nanti besar insyaAllah dah mudah sikit. Ke mana nak bercuti buat kali kedua?

Kakak ingat tak dulu kali pertama kita keluar dari rumah makan angin. Kita ke Melaka.. Ke A Famosa Resort. Duduk kat apartment tinggi tingkat berapa tah..yang BERHANTU...hehe. Masa tu kakak baru 2 tahun kot..Adik dalam perut..Belum lahir lagi. Kita pergi sempena mummy dapat bonus masa Chinese New Year. Tak berapa seronok di sana sebab mummy pregnant. So mummy tak berapa larat. Kakak plak kecil.. Main air kat water park sampai kakak flu. Tu lah first time kakak pakai bikini minnie mouse colour pink & mandi kat kolam. Pastu kakak dapat asma & doctor tak bagi kakak mandi dalam pool. Maybe kakak tak ingat kot... Yang paling best kita ke Umbai makan ikan bakar..Sungguh best... Kakak beli patung yang kaki dia panjang kat sana. Tapi mummy dah buang dah bila kita pindah rumah haritu...Ingat tak kakak?

Untuk pengetahuan anak2 mummy, tulah kali pertama mummy dan daddy keluar bercuti sejak kahwin, sejak zaman bercinta...Sebab dulu mummy dan daddy tak banyak duit. Semuanya ngam2. Semuanya kalau beli nak yang paling murah.. Sampailah kahwin mana ada pegi honeymoon pun sebab takde budget. Tapi mummy tak kesah, Sebab yang penting mummy nak jadi wife kepada daddy. Yang lain tak penting..Mummy pun tak penah mintak benda2 yang mengarut pada daddy. Sebab mummy tau daddy takkan mampu melaksanakannya...Tapi masa tu hidup sungguh bahagia...Sampailah adanya kakak...Bila kakak ada dalam perut rezeki kami melimpah ruah sehinggalah sekarang..Dengan adanya kakak dan adik rezeki kita sekeluarga selalu murah..Allah memberi rezeki itu...Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kami dulu lebih2 lagi lepas baru je kawin...Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa tak putus2 memberi rezeki kepada keluarga kita dan memberi kesejahteraan kepada kita semua...InsyaAllah..

Tuesday, October 5, 2010

Titik noktah..

Sejak tiada lagi bibik dirumah, kakak ke taska, adik pula bersama nenek & atuk. Kakak baru ke taska selama 6 hari bermula dari 23 Sept 10. Semalam kakak dah selsema dan berkahak. Harini pula dah jadi demam. Inilah habuan yang kakak dapat bila kakak ke taska. Susah hati mummy pada anak2 akan mula balik lepas tiada bibik ini, Adik pula mula semalam start flu jangkitan dari kakak. Flu mummy pun tak solve lagi pas kakak dapat flu haritu.

Tiba2 mummy terfikir, macamana hari2 yang akan datang pula? sakit lagi kah anak2 mummy nnti? Nenek akan balik minggu depan. Mak wan pula di Kedah. Bila balik kalau mummy mintak tlg jagakan kakak dan adik apa reaksi dia? Sakit kepala memikirkannya.. Mak kesian kalau dibiarkan duduk lama di rumah kita. nenek pun kena kerja, Nenek ada tanggungjawab lain. Atuk pun begitu. Tapi ibu...........

Solution lain adake selain taska? Rumah orang? Bibik lain? Benda ni sebenarnya sama saja. Macamana ye? Bibik adalah yang terbaik untuk anak2 mummy bila ada org mengawasi di rumah sahaja. Untuk tinggalkan anak2 mummy dengan bibik sahaja dirumah adalah mustahil ekoran dengan percakapan kakak semalam yang bibik ada tendang adik guna kaki. Takkan kakak nak cakap tak betol..Mummy mesti percaya kakak.

Hari2 yanga sebegini tiada titik noktahnya. Dengan keadaan mummy & daddy yang tiada cuti macamana mummy nak jaga anak2 mummy? Orang di office semuanya tak faham & takkan faham dengan masalah mummy sebab mereka tak sama mcm kita. Hanya dengan 6 bulan bersama bibik anak2 mummy tak sakit. Alhamdulillah.. Cuma benda lain yang anak2 mummy dapat. Sampai bila ye....Kesian anak2 mummy

Tuesday, September 28, 2010

live without maid

Hari ni 27/9/10 daddy balik kerja lewat sikit sebab Hujan yang lebat dan sebab esok ada meeting di PJ nk kena buat paper work untuk present..badan ada sikit penat sebab kena hujan...sejuk..Mummy masak lauk favourite daddy..masak Udang petai..nyam nyam..sedap sungguh..thanks mummy..harini dah 5 hari tanpa maid..best sangat sebab senang hati..xtakut ada org luar kat rumah..rasa bebas..cuma sikit penat sebab rumah kurang dijaga..tapi xpe, daddy akan settlekan pelan2..lgpun dh biasa masa xde maid dlu..cuma lambat sket la...untuk anak daddy Shasha,harini mcm dh kena selsema..perkara yg daddy risau bila hantar ke taska...harap kakak dpt bertahan yer..untuk adik Rayyan, manja betul ngan daddy skrg ni..baru jer tidurkan adik..adik memang suka di belai2..tdo pun atas badan daddy..sama mcm kakak dlu..tp xpe,asalkan anak2 daddy senang, daddy pun senang..daddy sygkan anak2 daddy..daddy sygkan Mummy...

Thursday, September 23, 2010

Maid Termination

Gembira rasanya sejak malam tadi. Bibik yang ke 3 ini dah mummy terminate dengan cara yang terhormat... Puas hati tak dapat digambarkan sebab sudah habis mummy bersidang dengan agent ani tu. Semuanya dah diluahkan. Lakonan mummy dan daddy semalam benar menjadi. Sungguh mantap!! Mummy dah tak boleh tahan dengan bibik dan mummy rasa itulah yang terbaik untuk kita semua. Semua dah berlaku dah jadi tragedi dah antara kita di rumah dengan bibik. Anak2 mummy semestinya tak faham lagi tapi mummy buat semua ini untuk kesejahteraan kita semua...

Bibik pertama - Norbayah  (Acheh)
Berkhidmat : 6/4/10 - 15/5/10 (40 hari)
Sebab : Lari dari rumah

Bibik kedua - Adi Kurniasi (Jawa)
Berkhidmat : 31/5/10 -6/6/10 (7 hari)
Sebab : Bercakap sorang, anak2 menangis

Bibik ketiga - Nur Hayati Md Amin (Jawa)
Berkhidmat : 7/6/10 - 22/9/10 (108 hari)
Sebab : Terminate

1) Kuat tido
2)Malas kerja, cincai
3)Campur baju basuh sekali
4)Menipu-baju mummy & guna telefon
5) Tak suka ditegur
6)Tak hormat tetamu
7)Suka tgk tv, kerja tangguh2
8)Banyak menjawab
9)Mulut bising, tinggi suara
10)Suka pau mummy beli itu ini bila bawak keluar jalan
11)Dan banyak lagi...

Semalam dengan lakonan mummy nak balik kg & nak hantar dia umah agent rupanya dia nak lari. Habis kain baju dia dah bungkus. Mummy tak bagi passport dia. Padan muka...Situasi ni sama jadi macam yang Acheh.
Tapi puas hati semuanya dah selesai... Tatau apa nak jadi plk pasni..

Harini kakak dengan rela hati nak pergi taska sebab tak nak tinggal dengan nenek. Kakak nak pergi taska lama. So mummy ikutkan aje. Adik tinggal dengan nenek. Tengok dari cctv macam ok adik dengan nenek. Harap mudahlah nenek jaga adik.. Kakak tatau apa jadi kat taska. Tapi hati mummy lapang..Dapat rasa yang kakak selamta disana. Insya Allah...

Semoga anak2 mummy punya antibodi kuat sikit. Tak sangat sakit2 macam dulu..Bertahanlah anak2 mummy...Anak2 mummy ni mesti cepat besar. Tolong mummy dan daddy...Mummy dgn daddy kena kerja..Tolong ye....