Tuesday, September 28, 2010

live without maid

Hari ni 27/9/10 daddy balik kerja lewat sikit sebab Hujan yang lebat dan sebab esok ada meeting di PJ nk kena buat paper work untuk present..badan ada sikit penat sebab kena hujan...sejuk..Mummy masak lauk favourite daddy..masak Udang petai..nyam nyam..sedap sungguh..thanks mummy..harini dah 5 hari tanpa maid..best sangat sebab senang hati..xtakut ada org luar kat rumah..rasa bebas..cuma sikit penat sebab rumah kurang dijaga..tapi xpe, daddy akan settlekan pelan2..lgpun dh biasa masa xde maid dlu..cuma lambat sket la...untuk anak daddy Shasha,harini mcm dh kena selsema..perkara yg daddy risau bila hantar ke taska...harap kakak dpt bertahan yer..untuk adik Rayyan, manja betul ngan daddy skrg ni..baru jer tidurkan adik..adik memang suka di belai2..tdo pun atas badan daddy..sama mcm kakak dlu..tp xpe,asalkan anak2 daddy senang, daddy pun senang..daddy sygkan anak2 daddy..daddy sygkan Mummy...

Thursday, September 23, 2010

Maid Termination

Gembira rasanya sejak malam tadi. Bibik yang ke 3 ini dah mummy terminate dengan cara yang terhormat... Puas hati tak dapat digambarkan sebab sudah habis mummy bersidang dengan agent ani tu. Semuanya dah diluahkan. Lakonan mummy dan daddy semalam benar menjadi. Sungguh mantap!! Mummy dah tak boleh tahan dengan bibik dan mummy rasa itulah yang terbaik untuk kita semua. Semua dah berlaku dah jadi tragedi dah antara kita di rumah dengan bibik. Anak2 mummy semestinya tak faham lagi tapi mummy buat semua ini untuk kesejahteraan kita semua...

Bibik pertama - Norbayah  (Acheh)
Berkhidmat : 6/4/10 - 15/5/10 (40 hari)
Sebab : Lari dari rumah

Bibik kedua - Adi Kurniasi (Jawa)
Berkhidmat : 31/5/10 -6/6/10 (7 hari)
Sebab : Bercakap sorang, anak2 menangis

Bibik ketiga - Nur Hayati Md Amin (Jawa)
Berkhidmat : 7/6/10 - 22/9/10 (108 hari)
Sebab : Terminate

1) Kuat tido
2)Malas kerja, cincai
3)Campur baju basuh sekali
4)Menipu-baju mummy & guna telefon
5) Tak suka ditegur
6)Tak hormat tetamu
7)Suka tgk tv, kerja tangguh2
8)Banyak menjawab
9)Mulut bising, tinggi suara
10)Suka pau mummy beli itu ini bila bawak keluar jalan
11)Dan banyak lagi...

Semalam dengan lakonan mummy nak balik kg & nak hantar dia umah agent rupanya dia nak lari. Habis kain baju dia dah bungkus. Mummy tak bagi passport dia. Padan muka...Situasi ni sama jadi macam yang Acheh.
Tapi puas hati semuanya dah selesai... Tatau apa nak jadi plk pasni..

Harini kakak dengan rela hati nak pergi taska sebab tak nak tinggal dengan nenek. Kakak nak pergi taska lama. So mummy ikutkan aje. Adik tinggal dengan nenek. Tengok dari cctv macam ok adik dengan nenek. Harap mudahlah nenek jaga adik.. Kakak tatau apa jadi kat taska. Tapi hati mummy lapang..Dapat rasa yang kakak selamta disana. Insya Allah...

Semoga anak2 mummy punya antibodi kuat sikit. Tak sangat sakit2 macam dulu..Bertahanlah anak2 mummy...Anak2 mummy ni mesti cepat besar. Tolong mummy dan daddy...Mummy dgn daddy kena kerja..Tolong ye....

Monday, September 20, 2010

Birthday mummy & Nilai 3

Mummy sambut birthday yang ke 29 on 17th September. Daddy belikan choclate brownie Secret Recepi kat Plaza Metro Kajang hari Sabtu lepas. Tak sangka plak daddy nak belikan mummy cake..Tq daddy. Hari Sabtu lepas best jugak. Ibu, Ummul, Naz datang rumah. Actually for raya purpose tapi kebetulan plak birtthday mummy so sekalilah makan cake beramai2. Petang je dalam kul 6 sume kitorang ke Nilai 3 sampai pukul 10 malam. Penat yang amat sebab banyak berjalan... Cari langsir sebenarnya untuk rumah tinggi ibu. Ummul yang nak belanja. Sekali mummy pun rembat gak kain langsir pintu bibik ngn belakang dapur..Ok gak harganya. Sampai saja rumah pas mandi mummy terus potong kain langsir satu2 utk senang mummy nak jahit esoknya.. Penat sungguh,,Ummul plak paksa suruh potong malam tu jugak, Last2 tido kul 2 pagi...

Esoknya hari Ahad. Daddy pagi2 dah kena pegi kedai nak masak soto. Sebenarnya mummy yang nak masak soto tapi disebabkan plan secara tiba2 nak jahit langsir so terpaksala ibu & bibikje masak soto. Mummy start jahit langsir kul 10.30 pagi sampai kul 6 petang...Sungguh2 tak larat.. Takdelah cantik sangat jahit langsir tu tapi just bolehla setakat nak gantung kat tingkap. Tu kira 1st project mummy. Yang hanya siap haritu just langsir dapur mummy, bibik, ibu ngn ummul sahaja. Yang selebihnya nanti mummy kena sambung lagi...huhuhu...Esok kerja la..Kena bangun pagi..Dah seminggu mummy cuti. Cuti untuk daddy dan anak2...

Thursday, September 16, 2010

Untuk Isteriku yg tersayang...

Selamat hari jadi yg ke 29 pd tanggal 17hb September 2010 buat isteriku yang amat ku sayangi SITI RUHAIZAR MAT...daddy berterima kasih kerana menyayangi diri daddy selama ni..mummy lah yang terbaik buat daddy untuk selamanya..daddy amat sayangkan mummy...mummy is the best for me, for Shasha and Rayyan.. we all love you mummy..muahhhh...

Thursday, September 9, 2010

Bibik oh bibik

Perlukah bibik dalam keluarga kita? Disebabkan anak2 mummy selalu sakit mummy terpaksa employ bibik plak dok sama kita.. Bibik pertama datang 6/5/10 namanya Norbayah dari Acheh. Lari pada 15/5/10. Bibik kedua datang pada 30/5/10 tapi dah hantar balik pada 6/6/10. Namanya Adi Kurniasi.Gila orangnya. Bibik ketiga datang pada 6/6/10 namanya Nurhayati Mohd Amin. Sampai sekarang dia berhidmat dengan kita..Tapi tak taulah sampai bila. Mummy bukannya suka sangat kat dia tapi semuanya adalah TERPAKSA.. 

Yang seronok dengan bibik:

  1. kerja rumah tak payah buat, semua dia buat..kita leh rehatje..

  2. rayyan ada jugak org tlg tengok

  3. anak2 mummy dah jarang sakit
Yang tak seronok dengan bibik:

  1. Tak privacy langsung (menyemakje maksud lain)

  2. kena sara sume makan, minum dia

  3. suka menipu

  4. suka buat muka toya

  5. tak bagi makan anak2 mummy on schedule

  6. rosakkan tudung mummy

  7. pecahkan barang kaca mummy

  8. kuat tido

  9. kuat tgk tv cite indon

  10. suka mintak beli barang itu ini (igt mummy ni cap duit ker)

  11. dan banyak lagila
Tatau perlu ke tak perlu bibik ni..Masih dalam pertimbangan.Hmmm...

Terima kasih

Terima kasih buat daddy tersayang yang tak terhingga...Daddy adalah di kalangan suami2 yang diidamkan oleh semua isteri...Sebab??
  • Daddy melayan mummy dengan baik sekali
  • Daddy rajin mengemas rumah walaupun ada bibik
  • Daddy tak berkira kederat
  • Daddy tak malas
  • Daddy selalu belikan semua barang yang mummy minta (without fail)
  • Daddy akan bangun buatkan susu untuk anak2 kita setiap malam, mummy leh relax ajer..hehe
  • Daddy selalu basuhkan berak dan kencing anak2
  • Daddy selalu tidokan anak2 dengan baik
  • Daddy selalu bagi mummy duit belanja walaupun belanja untuk entahapahapa..
  • Daddy selalu bagi mummy makan yang sedap2 (asyik makan luar aje)
  • Daddy tak berkira langsung dengan mummy
  • Daddy jaga mummy dan anak2 dgn baik as protector
  • Daddy selalu bagi sokongan kat mummy
  • Daddy tak penah marahkan mummy, malah selalu bagi advise yang baik2..Mummy kan fikiran pendek hehe
  • Daddy selalu ajak mummy solat
  • Daddy selalu dukung anak2 kat luar, mummy tak payahpun susah2 sakit pinggang dukung anak
  • Daddy selalu bagi mummy makan dulu kalau kita makan kat luar, daddy plk yang akan jaga anak2 kita masa turn mummy makan.
  • Daddy tak penah tinggi suara kat mummy
  • Daddy tak penah pun masam muka ngn mummy, cuma daddy tak suka pujuk mummy bila mummy merajuk (plz improve hehe)
  • Dan banyak lagi la.....dan lagi dan lagi!!
Oleh itu, mummy bersyukur dengan kehadiran suami mummy yang bernama KAMARUL HISHAM SHAHRUDDIN..alwayz love u forever sayang...tatau la daddy plak mcmana pandangan kat mummy....hehe

Gift..

This month mummy dapat :
  • jam tangan Polo Club Britannia
  • baju kurung moden orange
  • shawl orange
  • handphone htc
  • blause purple
  • cincin emas putih
This month daddy dapat :
  • toyota dvd player (untuk kakak tengok pingu)
  • handphone htc
  • baju melayu orange
  • samping orange
  • capal
This month kakak dapat :
  • pyjamas baby gap 3 sets
  • kasut raya hitam
  • baju kebaya orange
  • topi
  • socks
  • rantai silver
  • rumah tinggi with 100 colourful balls
  • vest jeans
This month adik dapat :
  • pyjamas baby gap 3 sets
  • baju melayu orange
  • samping orange
  • songkok hitam
  • jeans biru
  • mickey mouse shirt
Hope all of us will enjoyzzzzzzzzzzz

Salam kemaafan dari mummy

Syawal menjelma..Selamat Hari Raya buat daddy tersayang dan anak2 mummy..Mohon sejuta keampunan dari daddy dari mummy..Mummy banyak buat salah kat daddy
  1. Mummy tak selalu masak untuk daddy. (Asyik makan luar aje). Terukkan mummy??
  2. Mummy selalu marah2 daddy kadang2 tak pasal2
  3. Mummy kadang2 buat tatau ngn daddy kalau mummy marahkan org lain (bibik especially)
  4. Mummy tak layan ayah baik2
  5. Mummy terkasar kata
  6. Mummy buat muka
  7. Mummy terumpat daddy
  8. Dan macam2 lagi
Mohon kemaafan dari mummy buat ayah..Sesungguhnya mummy adalah manusia biasa yang selalu lalai. harap2 mummy dapat berubah kelak, Boleh ke berubah???

Untuk shasha..Mummy selalu marah2 kakak sebab kakak nakal selalu buat adik,suka nangis, suka jerit..
Mummy just kena protect adik sebab dia masih kecil. harap kakak akn jadi lebih dewasa dan sayangkan adik. Maafkan mummy ye kakak.

Buat rayyan, maafkan mummy sebab kadang2 mummy pun ada marahkan adik bila adik susah nak tido, asyik merengek2 especially bila time nak tumbuh gigi ni, terlalai nak masak untuk adik dsb..Maafkan mummy.

Mummy akan jadi mummy yang terbaek untuk anak2 mummy kelak...insyaAllah mudah2an. Itu janji mummy

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG TERSAYANG
MOHON KEAMPUNAN DARI SEMUA...SALAM SAYANG..

Last Ramadhan 1431 Hijrah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke 5 bersama daddy, yang ke 3 bersama Shasha dan yang ke 2 bersama Rayyan...Yang paling best semua anak2 mummy this year dah besar skit dan makin mudah bawak balik kg...Harap2 segalanya akan berjalan lancar sepanjang cuti mummy selama 7 hari ini bersama anak2 tersayang...Dah lama tunggu harini...Last day kat opis menanti pukul 4 utk balik jumpa anak2 mummy...Daddy dah stat cuti harini..Rasa dengki pun ada. Shasha ikut daddy repair tayar keta, Rayyan plk kat umah ngn bibik...Malam ni nak balik kampung..Best best!!

Pagi tadi mummy pegi opis daddy hantar ngn shasha. Kereta dah clear tak jam langsung. Harini daddy jaga anak2 mummy dengan pertolongan bibik. Mesti anak2 mummy seronok. Pagi tadi shasha tanya mummy cuti tak harini? Kelakar sungguh..japgi ptg mummy akan belikan rantai silver yang shasha mintak yang ke berapa urat tah yang mummy beli...Kalini for raya...Takpelah, untuk anak mummy nak cantek punya pasal.

Pagi ni mummy tak masak sebab nak bagi anak2 mummy makan mcD for last Ramadhan. Mummy pun dah raya awal sehari sebab tragedi semalam. Huh, kena bergantila nanti 11 hari. Daddy so far ada kat umah...Semoga daddy gembira dengan anak2 mummy & can wait  nak jumpa family daddy pulak esok