Thursday, October 7, 2010

Kesian anak2 mummy

Mummy selalu tengok anak2 mummy di office melalui cctv. Kalau 8 jam  di office tolak lunch 1/2 jam mesti mummy akan tengok walaupun sekerling apa2 anak2 mummy buat dirumah. Walaupun tak nampak secara jelas, yang penting mummy rasa anak2 mummy dekat jer ngn mummy walaupun mummy di office. Mungkin manager mummy diam tak diam ada rasa berbulu sikit kot ngn mummy sebab mata mummy akan jadi sebelah kanan buat kerja kat computer office, sebelah kiri pula tgk anak2 mummy kat laptop. Harap GM takkan nampak apa yang mummy buat sejak 6 bulan ini bersama laptop kesayangan mummy ni...

Bila di lihat anak2 mummy dirumah especially this 3 weeks bersama nenek dan atuk, timbul rasa kasihan sebab mummy sendiri tak dapat jaga anak2 mummy. Mummy perlu kerja untuk tolong daddy. Kalau mummy tak kerja kesian daddy, tak tertanggung menyara kita semua. Semuanya pada masa ini mahal2 belaka. Dari susu, pampers, baju, taska/ bibik semuanya mahal2 belaka. Bukan niat mummy nak mengungkit, tapi mummy nak bagi yang terbaik buat anak2 mummy.. Semuanya yang terbaik. Sebab itu mummy perlukan RM yang agak besar untuk sediakan semuanya. Boleh..kalau berjimat dengan beli semua yang murah2..tapi barang murah takde kualiti. Jadi zaman sekarang semua orang termasuk lelaki @ perempuan kena keluar bekerja... Salah ke mummy bekerja tinggalkan anak2 mummy? Masa untuk anak2 terpaksa dikurangkan. Sebab tu mummy dan daddy berusaha bawak anak2 mummy keluar jalan setiap malam, Sabtu dan Ahad walaupun badan terasa penat. Sebab mummy tahu anak2 mummy begitu bosan dan tersangat lah suka keluar berjalan.

Cakap pasal berjalan kakak kena sabar sikit. Kita kena tunggu adik Rayyan kita besar sikit dalam 9 bulan untuk adik jadi 2 tahun. Mungkin lepas tu kita boleh keluar jalan jauh sikit makan angin. Tu cita2 mummy. Sekarang adik kecil lagi untuk dibawa berjalan jauh (kecuali balik kampung). Nanti besar insyaAllah dah mudah sikit. Ke mana nak bercuti buat kali kedua?

Kakak ingat tak dulu kali pertama kita keluar dari rumah makan angin. Kita ke Melaka.. Ke A Famosa Resort. Duduk kat apartment tinggi tingkat berapa tah..yang BERHANTU...hehe. Masa tu kakak baru 2 tahun kot..Adik dalam perut..Belum lahir lagi. Kita pergi sempena mummy dapat bonus masa Chinese New Year. Tak berapa seronok di sana sebab mummy pregnant. So mummy tak berapa larat. Kakak plak kecil.. Main air kat water park sampai kakak flu. Tu lah first time kakak pakai bikini minnie mouse colour pink & mandi kat kolam. Pastu kakak dapat asma & doctor tak bagi kakak mandi dalam pool. Maybe kakak tak ingat kot... Yang paling best kita ke Umbai makan ikan bakar..Sungguh best... Kakak beli patung yang kaki dia panjang kat sana. Tapi mummy dah buang dah bila kita pindah rumah haritu...Ingat tak kakak?

Untuk pengetahuan anak2 mummy, tulah kali pertama mummy dan daddy keluar bercuti sejak kahwin, sejak zaman bercinta...Sebab dulu mummy dan daddy tak banyak duit. Semuanya ngam2. Semuanya kalau beli nak yang paling murah.. Sampailah kahwin mana ada pegi honeymoon pun sebab takde budget. Tapi mummy tak kesah, Sebab yang penting mummy nak jadi wife kepada daddy. Yang lain tak penting..Mummy pun tak penah mintak benda2 yang mengarut pada daddy. Sebab mummy tau daddy takkan mampu melaksanakannya...Tapi masa tu hidup sungguh bahagia...Sampailah adanya kakak...Bila kakak ada dalam perut rezeki kami melimpah ruah sehinggalah sekarang..Dengan adanya kakak dan adik rezeki kita sekeluarga selalu murah..Allah memberi rezeki itu...Jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kami dulu lebih2 lagi lepas baru je kawin...Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa tak putus2 memberi rezeki kepada keluarga kita dan memberi kesejahteraan kepada kita semua...InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment