Tuesday, October 5, 2010

Titik noktah..

Sejak tiada lagi bibik dirumah, kakak ke taska, adik pula bersama nenek & atuk. Kakak baru ke taska selama 6 hari bermula dari 23 Sept 10. Semalam kakak dah selsema dan berkahak. Harini pula dah jadi demam. Inilah habuan yang kakak dapat bila kakak ke taska. Susah hati mummy pada anak2 akan mula balik lepas tiada bibik ini, Adik pula mula semalam start flu jangkitan dari kakak. Flu mummy pun tak solve lagi pas kakak dapat flu haritu.

Tiba2 mummy terfikir, macamana hari2 yang akan datang pula? sakit lagi kah anak2 mummy nnti? Nenek akan balik minggu depan. Mak wan pula di Kedah. Bila balik kalau mummy mintak tlg jagakan kakak dan adik apa reaksi dia? Sakit kepala memikirkannya.. Mak kesian kalau dibiarkan duduk lama di rumah kita. nenek pun kena kerja, Nenek ada tanggungjawab lain. Atuk pun begitu. Tapi ibu...........

Solution lain adake selain taska? Rumah orang? Bibik lain? Benda ni sebenarnya sama saja. Macamana ye? Bibik adalah yang terbaik untuk anak2 mummy bila ada org mengawasi di rumah sahaja. Untuk tinggalkan anak2 mummy dengan bibik sahaja dirumah adalah mustahil ekoran dengan percakapan kakak semalam yang bibik ada tendang adik guna kaki. Takkan kakak nak cakap tak betol..Mummy mesti percaya kakak.

Hari2 yanga sebegini tiada titik noktahnya. Dengan keadaan mummy & daddy yang tiada cuti macamana mummy nak jaga anak2 mummy? Orang di office semuanya tak faham & takkan faham dengan masalah mummy sebab mereka tak sama mcm kita. Hanya dengan 6 bulan bersama bibik anak2 mummy tak sakit. Alhamdulillah.. Cuma benda lain yang anak2 mummy dapat. Sampai bila ye....Kesian anak2 mummy

No comments:

Post a Comment